Menemukan khusyuk yang hilang Dari Dr Fuad Latip. MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG . Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja. 1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja. 2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal. Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya. 3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan. 4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap ...
SANTAPAN PAGI Apa Gunanya Ilmu Tanpa Adab 1. Sebahagian salafussoleh menegaskan bahawa memiliki adab itu lebih utama dari menguasai ilmu yang luas. Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia. Atas dasar itu Abdullah ibn al-Mubarak menegaskan bahawa: نحن إلى قليل من الأدَب أحوجُ منا إلى كثيرٍ من العلم “Kita lebih memerlukan kepada adab (walau) sedikit berbanding dari memiliki ilmu yang menggunung.” (al-Khatib al-Baghdadi, al-Jami’ li Akhlaq al-Rawi) 2. Bahkan al-Imam Malik dikatakan sangat mengutamakan adab dalam pengajian beliau. Perkara ini dinukilkan oleh anak murid beliau iaitu Abdullah ibn Wahb yang menyebutkan: ما نقَلْنا م...