Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG Dr Fuad Latip

Menemukan khusyuk yang hilang Dari Dr Fuad Latip. MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG . Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja. 1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja. 2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal. Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya. 3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan. 4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap ...

Apa Gunanya Ilmu Tanpa Adab

SANTAPAN PAGI Apa Gunanya Ilmu Tanpa Adab 1. Sebahagian salafussoleh menegaskan bahawa memiliki adab itu lebih utama dari menguasai ilmu yang luas. Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia. Atas dasar itu Abdullah ibn al-Mubarak menegaskan bahawa: نحن إلى قليل من الأدَب أحوجُ منا إلى كثيرٍ من العلم “Kita lebih memerlukan kepada adab (walau) sedikit berbanding dari memiliki ilmu yang menggunung.” (al-Khatib al-Baghdadi, al-Jami’ li Akhlaq al-Rawi) 2. Bahkan al-Imam Malik dikatakan sangat mengutamakan adab dalam pengajian beliau. Perkara ini dinukilkan oleh anak murid beliau iaitu Abdullah ibn Wahb yang menyebutkan: ما نقَلْنا م...

AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS

*AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS * *Berkata Abdul Malik bin Umair:* *"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua*[ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran". *"Manusia yang Paling Jernih Akalnya* adalah para pembaca Al-Quran". *Berkata Al-imam Qurtubi :* "Barang siapa yang membaca *Al-Quran*,  maka Allah akan menjadikan *Ingatannya Segar* meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun". *Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.* "Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca". *Berkata Ibnu Solah :* "Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca *Al-Quran*,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia". *Berkata Abu Zanad :* "Di tengah malam,  aku keluar menuju Ma...

HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

﷽ *HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD * *-ustaz abdullah khairi-* ▪ _*ROBIGHFIRLII*_ ▪ _*WARHAMNII*_ ▪ _*WAJBURNII*_ ▪ _*WARFA'NII*_ ▪ _*WARZUQNII*_ ▪ _*WAHDINII*_ ▪ _*WA'AAFINII*_ ▪ _*WA'FUANNII*_ _Ketika  orang ditanya : “Do’a apakah yang  paling  kerap  dibaca oleh orang islam ?”_ _Banyak  yang  menjawabnya dengan salah. Begitu kerap do’a itu dibaca,  hingga ketika sedang membaca do’a tersebut, banyak antara kita yang tak merasa  sedang membaca DOA tersebut_ _Padahal  do’a itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari._ _Do’a itu, ialah do’a diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya :_ ▪ _*ROBBIGHFIRLII*_ _*Wahai Tuhan ampunilah dosaku*, dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridhaan *ال...

APA KEPERLUAN UTAMA IBU BAPA KITA SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA?

APA KEPERLUAN UTAMA IBU BAPA KITA SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA? Tadabbur ringkas juzuk 13 sempena hari 13 Ramadhan Pernah saya dapat satu mesej yang menyarankan agar kita sedekah al-Fatihah kepada ibu bapa kita sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Soalannya, adakah tindakan ini bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah? Ayuh kita ikuti kisah doa nabi Ibrahim AS ini; رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ Ertinya: (nabi Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku...

10 AMALAN AHLI SYURGA

*Saya tak mampu , tetapi sangat berazam utk buat* *10 AMALAN AHLI SYURGA* Pertama : Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt. Kedua : Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat... Ketiga : Jangan tinggalkan mesjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana mesjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka Keempat : Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dashyat dalam mengundang rezeki... Kelima :...

DAFTAR UBAT UTK MUSLIM

○  Usia sudah 50 thn dan ke atas, usah berjoging, berlari, apalagi melompat dan berbasikal.. ○  Jangan sampai aktiviti anda merosakkan sendi lutut, akibat masih tetap joging, berlari, main tennis, badminton, bola tampar, & aktiviti fizikal lain yang membebani sendi lutut... ○  *Itu yang saya maksudkan dengan "pengetahuan sihat itu murah..."* ○  Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia 50 & ke atas ini ialah... tidak memijak batu kerikil tanpa alas kaki sehingga persarafan tapak kaki menderita radang akibat tertekan kerasnya kerikil yg sangat keras selama memikul beban tubuh... ○  Alasan bahawa itu sebagai refleksologi... memang tidak boleh diterima akal yg sihat... ○  Refleksologi? Tekanan yg diterima tapak kaki hanya dilakukan oleh ibu jari tangan saja yg tekanannya ibu paling kuat hanya sekitar 5 kg... ○  Namun apabila berdiri di atas kerikil, tekanannya adalah seberat beban tubuh... ...