Skip to main content

Menuntut ilmu lebih baik daripada solat 1000 rakaat

*Menuntut ilmu lebih baik daripada solat 1000 rakaat*

1 - يَا أَبَا ذَرٍّ، لَأَنْ تَغْدُوَ فَتَعَلَّمَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ، خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ، وَلَأَنْ تَغْدُوَ فَتَعَلَّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ، عُمِلَ بِهِ أَوْ لَمْ يُعْمَلْ، خَيْرٌ مِنْ أَنْ تُصَلِّيَ أَلْفَ رَكْعَةٍ

Terjemahan

“Wahai Abu Zar, kamu keluar dari rumah kamu di pagi hari untuk mempelajari satu ayat daripada kitab Allah lebih baik bagi kamu daripada kamu solat sunat 100 rakaat. Kamu keluar dari rumah kamu di pagi hari untuk mempelajari satu bab daripada ilmu, sama ada kamu beramal dengannya atau tidak beramal dengannya lebih baik daripada kamu solat sunat 1000 rakaat.”

Sumber hadis

Riwayat Ibnu Majah (219) daripada Abu Zar secara marfu’.

Penilaian hadis

Al-Busiri dalam Misbah al-Zujajah: “Sanad ini daif disebabkan kedaifan Ali bin Zaid dan Abdullah bin Ziad dan baginya ada sokongan dalam Jami’ al-Termizi daripada hadis Ibnu ‘Abbas.”

Mungkin disebabkan ada sokongan daripada hadis yang lain yang menyebabkan al-Munziri menghasankan hadis ini dalam al-Targhib Wa al-Tarhib.

2- حُضُور مجْلِس علم أفضل من صَلَاة ألف رَكْعَة وعيادة ألف مَرِيض وشهود ألف جَنَازَة، فَقيل يَا رَسُول الله: وَمن قِرَاءَة الْقُرْآن؟ فَقَالَ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسلم: وَهل ينفع الْقُرْآن إِلَّا بِالْعلمِ؟

Terjemahan

Menghadiri majlis ilmu lebih baik daripada solat seribu rakaat, mengunjungi seribu orang yang sakit, menziarahi seribu jenazah. Maka berkata seorang sahabat: “Wahai Rasulullah, adakah lebih baik daripada membaca al-Quran?” Maka berkata Rasulullah s.a.w.: “Tiada manfaat membaca al-Quran melainkan dengan ilmu.”

Sumber hadis

Disebutkan oleh al-Ghazali dalam Ihya’ Ulum al-Din.

Penilaian hadis

1. Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu’at: “Hadis ini palsu.”

2. Al-Iraqi dalam Takhrij Ahadith Ihya’: “Hadis ini palsu. Yang aku ketahui ia adalah hadis Umar bukan hadis Abu Zar. Ibnu Jauzi menyebutkannya dalam al-Maudhu’at.”

3. Dinilai palsu juga oleh al-Sayuti dalam al-Laali al-Masnu’ah dan Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah.

3 - مَنْ تَعَلَّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ عَمِلَ بِهِ أَوْ لَمْ يَعْمَلْ بِهِ كَانَ أَفْضَلَ مِنْ صَلاةِ أَلْفِ رَكْعَةٍ، فَإِنْ هُوَ عَمِلَ بِهِ أَوْ عَلَّمَهُ كَانَ لَهُ ثَوَابُهُ وَثَوَابُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Terjemahan

“Sesiapa yang mempelajari satu bab daripada ilmu, beramal dengannya atau tidak beramal dengannya lebih baik daripada solat sunat seribu rakaat. Jika dia beramal dengannya atau mengajarkannya (kepada orang lain), baginya pahala dan pahala orang yang beramal dengannya sehingga hari kiamat.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (6/553) daripada Ibnu ‘Abbas secara marfu’.

Penilaian hadis

1. Al-Sayuthi dalam al-Ziyadat ‘ala al-Maudhu’at: “(Dalam sanadnya ada) Muhammad bin Ziyad al-Yasykuri, seorang pendusta dan pereka hadis.”

4 - بابٌ مِنَ العلمِ نَتَعَلَّمُهُ أحبُّ إِلَيْنا من أَلْفِ رَكْعَةِ. وسمَعْتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يقولُ : إذا جاء المَوْتُ لِطَالِبِ العلمِ وماتَ على حالِه : فهوَ شَهيدٌ

Terjemahan

Abu Hurairah dan Abu Zar berkata:

“Mempelajari satu bab daripada ilmu lebih aku sukai daripada 1000 rakaat solat. Aku mendengar Nabi sallahu ‘alaihi wasallam berkata: Jika kematian datang kepada penuntut ilmu dan dia mati dalam keadaan menuntut ilmu maka dia mati syahid.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam Musnad (8574) dan al-Khatib al-Bahdadi dalam al-Faqih Wa al-Mutafaqqih (1/16) dan Tarikh Baghdad (9/247).

Penilaian hadis

1. Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Diriwayatkan oleh al-Bazzar. Dalam sanadnya ada Hilal bin Abdul Rahman, dia adalah matruk (sangat lemah).”

2. Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan: “Batil.”

Comments

Popular posts from this blog

10 AMALAN AHLI SYURGA

*Saya tak mampu , tetapi sangat berazam utk buat* *10 AMALAN AHLI SYURGA* Pertama : Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt. Kedua : Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat... Ketiga : Jangan tinggalkan mesjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana mesjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka Keempat : Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dashyat dalam mengundang rezeki... Kelima :...

APA KEPERLUAN UTAMA IBU BAPA KITA SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA?

APA KEPERLUAN UTAMA IBU BAPA KITA SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA? Tadabbur ringkas juzuk 13 sempena hari 13 Ramadhan Pernah saya dapat satu mesej yang menyarankan agar kita sedekah al-Fatihah kepada ibu bapa kita sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Soalannya, adakah tindakan ini bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah? Ayuh kita ikuti kisah doa nabi Ibrahim AS ini; رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ Ertinya: (nabi Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku...