Skip to main content

ISTIQAMAH DALAM BERHIJRAH

*ISTIQAMAH DALAM BERHIJRAH*
Membaca kisah-kisah sebegini yang sering terjadi pada insan yang ingin berhijrah, mengajar kita beberapa perkara:

1.   Jika kita ingin berubah ke arah kebaikan, carilah keredaan Allah bukannya manusia, kerana manusia sentiasa akan mengkritik dan menjadi seperti lalat yang mencari 'kotoran'.
Jangan dihirau ‘bisikan tajam’ yang menghalang.
Jangan tergoyah dengan ‘angin badai’ yang ingin memutar haluan.
Bak kata imam al-Syafi’i: “Bersungguhlah dalam (melakukan) apa yang memberi manfaat buat dirimu, dan abaikan kalam manusia, kerana tiada jalan keluar yang mampu menyelamatkanmu dari lisan mereka”.

2.   Seharusnya kita menggalakkan manusia untuk terus menghampiri kebaikan, bukan menghentam atau meremehkan usaha seseorang sehingga membuatkannya 'lari' dari agama.
Sabda Nabi SAW:
سَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا
"Bersikaplah kalian sesuai dengan (sunnah) dan mendekatilah, serta gembirakanlah (dengan motivasi)..." [Riwayat al-Bukhari & Muslim].
Tidak semua manusia yang gagah menerima kecaman dan sindiran atau benar-benar teguh hati dan imannya.
Berapa ramai yang sudah menjauhi angkara lisan dan jari jemari kita.

3.   Tidak mudah untuk beristiqamah dalam amal soleh, kerana "syurga itu diliputi oleh perkara yang tidak disukai" [Riwayat al-Tirmidzi].
Melakukan kebaikan itu sentiasa penuh dengan ranjaunya baik dari diri sendiri mahupun pihak luar.
Justeru sangat sukar untuk kita konsisten berterusan di atas landasan kebenaran.
Sabda Nabi SAW:
استَقِيمُوا ولنْ تُحْصُوا
“Istiqamahlah, namun kalian tidak akan mampu (untuk beristiqamah dalam semua ketaatan dengan sebenar-benar istiqamah)" [Riwayat Ahmad].
Ya, usaha kita pasti tidak akan sempurna dan sentiasa perlukan tempoh untuk diperbaiki dari hari ke hari, namun bukanlah ia suatu alasan untuk kita terus mengalah.
Firman Allah SWT:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
"Bertakwalah kepada Allah semampu kalian" [al-Taghabun: 16].

-Dr. Kamilin Jamilin-
Pensyarah USIM
AJK Fatwa WP/Perlis

Comments

Popular posts from this blog

Menuntut ilmu lebih baik daripada solat 1000 rakaat

*Menuntut ilmu lebih baik daripada solat 1000 rakaat * 1 - يَا أَبَا ذَرٍّ، لَأَنْ تَغْدُوَ فَتَعَلَّمَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ، خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ، وَلَأَنْ تَغْدُوَ فَتَعَلَّ...

10 AMALAN AHLI SYURGA

*Saya tak mampu , tetapi sangat berazam utk buat* *10 AMALAN AHLI SYURGA* Pertama : Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt. Kedua : Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat... Ketiga : Jangan tinggalkan mesjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana mesjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka Keempat : Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dashyat dalam mengundang rezeki... Kelima :...

APA KEPERLUAN UTAMA IBU BAPA KITA SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA?

APA KEPERLUAN UTAMA IBU BAPA KITA SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA? Tadabbur ringkas juzuk 13 sempena hari 13 Ramadhan Pernah saya dapat satu mesej yang menyarankan agar kita sedekah al-Fatihah kepada ibu bapa kita sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Soalannya, adakah tindakan ini bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah? Ayuh kita ikuti kisah doa nabi Ibrahim AS ini; رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ Ertinya: (nabi Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku...