Skip to main content

TENTERA-TENTERA ALLAH AKAN BANGUN, JIKA MEREKA BANGUN, BERSIAPLAH

ÄŻÄ🤔:
*TENTERA-TENTERA ALLAH AKAN BANGUN, JIKA MEREKA BANGUN, BERSIAPLAH*

Rupa2nya tentera Allah swt tidak berupa manusia yang lengkap bersenjata, tetapi;

1. *Air* itu tentera Allah yang telah menenggelamkan kaum nabi Nuh kerana engkar dan memaki utusan-Nya, semua mati lemas dlm air yang bergulung-gulung dari perut bumi & dari langit berserta ribut petir & taufan.
- Al-Ankabut : 14

2. *Angin* itu tentera Allah yang menghempaskan kaum 'Ad kerana sombong dgn kemajuan, membina bangunan tinggi2 & empangan yang kuat kukuh. Semuanya dihancurkan & semua mati terhempas & tertimbus.
- Al-Haqqah : 6-8

3. *Petir* itu tentera Allah yang sering disebut 'ribut petir' yang menyambar kaum Tsamud kerana sombong menentang Allah, semua mati terbakar.
- Hud : 68

4. *Tanah* itu tentera Allah yang menelan kaum Nabi Luth yang berminat & berselera sesama lelaki (homosek) dengan mengenepikan wanita.

Allah memendap & menterbalikkan bumi, mereka dihempap batu yang besar2, semua mati tertimbus & berkubur di situ hingga sekarang dipanggil 'laut mati'.
- Al-Hijr : 73-76

5. *Hawa Panas* itu tentera Allah yang membakar kaum Madyan kerana curang dalam urusan jual-beli, semua mati kehausan dlm kepanasan.
- Al-Hajj : 44

6. *Laut* itu tentera Allah yang terbelah dan menelan tenggelam Fir'aun yang sombong mengaku Tuhan. Fir'aun & bala tenteranya mati lemas semuanya. Dia ingin bertaubat tapi Allah tidak terima lagi. Kemudian Allah menimbulkannya untuk jadi pengajaran kepada generasi seterusnya (kita hari ini). Mumia Fir'aun masih wujud sampai ke hari ini.
- Al-Baqarah : 50

7. *Burung Ababil* itu tentera Allah seumpama burung pipit yang tersangatlah kecilnya, hanya membawa batu kerikil yang kecil tapi panas yang telah menjadikan tubuh badan Abrahah & bala tentera bergajahnya berlubang-lubang seperti dedaun yang dimakan ulat, ketika mereka ingin meruntuhkan Kaabah.
- Al-Fil : 3

8. *Api* itu tentera Allah yang membakar negara Israel dan Amerika serta negara2 lain dalam masa kebelakangan ini, hingga tidak mampu diatasi.

9. *Semut* itu tentera Allah yang telah masuk kedalam kepala Mustafa Kamal Atartuk dan mengigit otak yang menyebabkan dia bertempik kesakitan kerana dia juga mengaku Tuhan. Akhirnya MKA mati kepanasan.

10. *Ular* itu tentera Allah yang telah mematuk seorang penanam tembakau yang telah mencabar hendak menetak Allah dgn parang bila tembakaunya semua mati dalam hujan lebat beberapa hari. Ianya terjadi disebuah daerah di negeri Kelantan berpuluh tahun dulu. Petani itu mati dipatuk ular ketika sedang menghayun parang di ladang tembakaunya hendak menetak Tuhan yang telah memberi musibah kepadanya.

*Dalam semua sejarah & cerita ;*

~ Tentera2 Allah itu datang setelah peringatan dari utusan dan pembela agama-Nya diabaikan.

~ Tak pernah ada penentang utusan dan pencaci agama-Nya yang MENANG, SEMUA BINASA.

Bangsa Israel dan sekutu2nya yang angkuh, bongkak & sombong akan Allah hancurkan sebelum tibanya kiamat lagi.

Mohon share di group2 lain. Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Menuntut ilmu lebih baik daripada solat 1000 rakaat

*Menuntut ilmu lebih baik daripada solat 1000 rakaat * 1 - يَا أَبَا ذَرٍّ، لَأَنْ تَغْدُوَ فَتَعَلَّمَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ، خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ، وَلَأَنْ تَغْدُوَ فَتَعَلَّ...

10 AMALAN AHLI SYURGA

*Saya tak mampu , tetapi sangat berazam utk buat* *10 AMALAN AHLI SYURGA* Pertama : Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt. Kedua : Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat... Ketiga : Jangan tinggalkan mesjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana mesjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka Keempat : Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dashyat dalam mengundang rezeki... Kelima :...

APA KEPERLUAN UTAMA IBU BAPA KITA SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA?

APA KEPERLUAN UTAMA IBU BAPA KITA SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA? Tadabbur ringkas juzuk 13 sempena hari 13 Ramadhan Pernah saya dapat satu mesej yang menyarankan agar kita sedekah al-Fatihah kepada ibu bapa kita sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Soalannya, adakah tindakan ini bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah? Ayuh kita ikuti kisah doa nabi Ibrahim AS ini; رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ Ertinya: (nabi Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku...